aku telah jatuh cinta
dengan seorang gadis dari bukit antarabangsa
aku gembira bersamanya
dia pandai ambil hati ku
cuma kadangkala sahaja
dia terlalu cemburu
walaupun pada perkara yang remeh temeh
mungkin kerana dia
terlalu sayang padaku
dan si dia tidak mahu
aku dirampas oleh orang lain
aku suka dengan perangainya
yang banyak ingin belajar
dari ku
tanpa rasa malu
bukan belajar perkara
yang tidak baik
tapi perkara yang baik
untuk bekalan
si dia pada alam satu lagi
tapi setelah aku mula ingin mengajarnya
aku tidak sangka
hari berganti hari
si dia seperti telah berubah
ada sahaja salah aku
yang dicari oleh nya
walaupun aku tidak buat salah
benda yang aku amat kecewa
dengan dirinya
apabila si dia
telah berjanji denganku
bahawa si dia ingin sehidup semati
dengan ku
dan si dia tidak mahu meninggalkan aku
aku tidak pernah suruh atau memaksa
si dia berjanji dengan aku
tapi si dia sendiri yang mahu berjanji dengan ku
tapi aku tidak sangka
perpisahan juga yang aku terima
mungkin aku tidak sebagus
bekas kekasihnya
tapi aku redha
dan aku tetap bersyukur
kerana aku mampu mendidik si dia
walaupun sedikit
peluang yang debirikan kepadaku itu
tidak pernah aku sia-siakan
tapi satu yang aku ingin tahu darinya
kenapa si dia si dia berjanji
kalau si dia tidak mampu
pegang pada janji
dan kenapa harus menipu
sedangkan si dia tahu
yang aku tidak pernah
memarahinya
walau apa pun yang si dia ingin katakan padaku
jika si dia jujur...
sebab aku lebih suka pada orang yang jujur
pada diriku yang hina ini..
kerana kejujuran
adalah segalanya..