Pages

Wednesday, September 1, 2010

hati ku tenang


aku rase amat tenang sekali
bila hati tidak berkecamuk
otak tidak serabut...
pemikiran tak terganggu...

setelah aku telah kembali
bersendirian...
seperti dulu...
tidak ada lagi yang ingin
menghalangku...
dari duduk seorang diri
atau kemana sahaja aku mahu pergi...

aku bukan jenis yang
suka di tanya
kemana ku mahu pergi
dengan siapa aku mahu keluar
atau buat ape mahu keluar
seorang diri...

bukan urusan mu...
yang pasti kemana sahaja
aku pergi
atau aku buat
bila seorang diri...

aku tidak pernah
menduakan sesiapa
kerana aku berpegang teguh
dengan pendirian aku
bila bercinta
haruslah setia,ikhlas dan jujur

aku bukan seorang lelaki yang
suka bermain dengan kata-kata
dan janji manis...
tapi hakikat nya mengecewakan
seseorang perempuan

aku bukan begitu!!!
aku tidak pernah melakukan
itu semua...
aku akan sayang sepenuh hati aku
aku akan jaga lebih dari diri aku

tapi aku tidak faham
kenapa semua yang aku buat
di balas dengan perkara
yang amat perit sekali
untuk aku terima

cinta bukan untuk dipermainkan
tapi cinta perlu dijaga
dan dibagi pula dengan kasih sayang..
cinta tak perlukan pengorbanan
tapi cinta perlukan kasih sayang dan keikhlasan...

bukan mudah untuk buat orang
sukar untuk lepaskan kita
tapi mudah untuk buat orang membenci kita

aku tahu aku tidak sempurna...
tapi aku tidak pernah berusaha
untuk bagi cinta dan kasih sayang
dengan sepenuh hati dan ikhlas
kepada sesiapa yang aku sayang dan cintai

tapi bila aku dipermainkan...
aku akan membenci orang itu sedalam-dalam nya
kerana apa yang aku bagi(cinta dan kasih sayang)
tidak dihargai...

aku mudah memaafkan orang
tapi bukan bermakna
aku untuk dipijak...

jika kau ingin mengambil kesempatan
di atas apa yang aku lakukan
kau silap
kerana kau akan terima
akibat nya
iaitu kebencian yang sukar di padamkan...




No comments:

Post a Comment