Pages

Tuesday, September 7, 2010

~perasaan~


hidup ini...
tak ubah umpama tayar
bila kita golekkan dia
kita akan lihat

yang di atas jatuh ke bawah
dan yang bawah naik keatas
sama seperti hidup kita..
tiada beza nya...

tapi satu sahaja tidak akan berubah
iaitu...
hati dan perasaan
yang lebih kepada
cinta dan sayang...

jika kita sayang dan cinta
pada seseorang
sedalam-dalamnya...
kita tidak akan lagi
ubahnya kepada orang lain

kerana kita mahu si dia
jadi yang terakhir untuk kita
sayang dan cintai...

walau apa pun terjadi
kita tetap mahu
pertahankan cinta kita itu
dari perkara yang amat perit sekali
iaitu "putus"

semua orang sangat takut dengan
perkataan ini...
bila hati kita sudah teramat sayang
pada si dia...

kerana ia amat menyakitkan hati...
dan amat perit sekali untuk
diterima...

bila ia berlaku
banyak perkara akan berlaku pada
yang ditinggalkan

bagi siapa yang lemah
ia akan takut untuk bercinta lagi...
bagi yang kuat dan tabah
ia akan tidak serik untuk bercinta lagi
bagi yang berdendam
dia akan bercinta lagi
tapi dengan niat mahu membalas dendam
di atas apa yang dia telah kena...

semua ini...
sebenarnya tidak akan berlaku
jika semuanya
baik laki-laki mahu pun perempuan
setia pada pasangan nya...

cinta yang kekal abadi
adalah cinta suci dan hakiki...

No comments:

Post a Comment