kali ini rinduku
tidak lagi pada kakak ku
rindu ku pada kakak ku telah terubat
rindu ku kali ini pada seorang insan lain
aku terasa amat rindu sekali pada nya
walaupun baru sehari
ku dan dia tidak mesej atau
apa-apa sahaja yang boleh
merapatkan hubungan aku dan dia...
tiap kali aku dan dia berjauhan
dari segi jarak atau apa-apa sahaja
aku pasti akan teringat dan terfikirkan dirinya
dia lah yang selalu menemani ku..
aku bahagia sangat dapat mengenalinya..
tapi aku takut...
aku takut perasaan aku terhadap nya
berubah menjadi sayang yang berbentuk cinta
bukan aku tak sudi atau tak suka padanya
tapi diriku masih ada tanda tanya..
aku tidak mahu
perasaan aku ini ingin mencuri hati
seorang kekasih orang...
kalaulah betul dia kekasih pada
seseorang...
aku akan rasa bersalah...
kerana cuba untuk menyimpan
satu perasaan terhadapnya
bukan ku pinta semua ini
tapi aku tidak dapat mengawal
perasaan rindu dan sayang ku
padanya...
aku juga telah mencuba..
untuk menghalang perasaan ku
dari tejerumus dalam lembah
yang kasih sayang nya berbentuk cinta
kerana aku tidak mahu diriku
bergantung nasib pada kekasih orang..
aku tidak dapat memastikan nya lagi...
kerana insan ini belum memberi jawapan padaku...
apakah status nya sekarang...
insan ini tidak pernah tahu yang aku
sayang sama dia
dan selalu teringat
akan dia....
cukuplah sekadar aku sahaja yang mengetahui
agar tiada perkara buruk
yang berlaku...
No comments:
Post a Comment