Pages

Wednesday, September 15, 2010

cerita untuk dihayati

kali ini aku buat cerita baru
untuk korang-korang hayati
cerite nie masih lagi berkait
dengan apa yang terlintas
di fikiran ku

di atas sebuah bukit
di tengah-tengah kota..
ada sepohon pokok
yang sangat rimbun..

tiap kali malam di kawasan itu
kita dapat lihat pemandangan yang sangat indah
udara yang nyaman dan sejuk
bintang berkelipan
cahaya-cahaya neon dari kesibukkan kota..

tapi tempat yang indah ini
tidak ramai yang tahu
jadi setiap malam
kawasan ini sangat sunyi..

tapi...
hanya seorang lelaki yang sering berkarya di situ
dan si dia sering bersama gitar kesayangannya
si dia tiada kekasih
jadi gitar nya itu lah menemaninya
tat kala si dia ingin ke tempat itu

kemana saja laki ini pergi
dia sering beseorangan
dan hanya ditemani gitar nya
kerana si dia tidak ada gadis yang meminati nya
itu lah yang sering dia katakan
jika ada yang bertanya padanya
kenapa si dia tidak mencari kekasih

tapi si dia ini tidak tahu
yang si dia selalu diperhatikan
oleh seorang gadis kampung
yang sangat cantik dan ayu

ramai lelaki di kolej
yang amat suka pada gadis ini
tapi gadis ini tidak layan
kerana si gadis ini
bertanggapan bahawa laki-laki lain ini
semua nya buaya..

hati si gadis ini hanya terpaut pada
seorang lelaki yang berpewatakkan simple
yang selalu bersendirian dan
tidak pernah berpisah dengan gitarnya..
tapi tiada seorang pun yang tahu
si gadis ini suka pada lelaki itu..

pada suatu hari
di saat laki ini sedang duduk di bawah pohon rimbun
berhampiran kantin...
si gadis ini cuba mendekati laki itu
kerana si dia ingin tahu apa yang laki ini sedang karangkan

saat gadis ini duduk di bebelakan pohon
yang mana pohon laki itu bersandar
gadis ini terdengar satu suara yang sangat merdu
yang datang di sebalik pohon itu...
yang mana datangnya dari suara laki itu...

gadis itu terpaku,terdiam dan langkah nya terhenti...
kerana terlalu teruja dengan lirik dan suara laki itu...
dia tidak sangka laki ini sungguh berbakat..

tidak lama kemudian
setelah lelaki ini sudah tamatkan nyanyian nya
si laki ini berkata...
"wahai gadis yang berada di belakang pohon
tempat aku besandar ini,kenapa kau berada di situ,
apa yang sedang kau cari..."

lalu gadis itu terkejut
kerana hairan macam mana
laki itu boleh tahu
yang dia berada di balik pohon itu..

lalu gadis itu keluar dari tempat dia duduk itu
dan si dia duduk di sebelah laki itu..
dan berkata " aku suka dengar kau menyanyi,
suara kau sungguh merdu,tapi bukan itu sebenarnya hajat aku
untuk mengendap mu,aku cuma ingin lihat apa yang sedang kau karangkan,
kerana aku lihat kau selalu ke pohon ini"

dan sebenarnya sudah lama aku memerhatikan kau
aku suka pada kau..
kau tidak sama dengan laki-laki lain
yang hanya berpura-pura...

sudikah kau berkawan dengan ku...
lalu laki itu berkata
aku tidak sangka aku selalu diperhatikan oleh mu
ku sangka kan kau tidak suka pada ku

kerana aku kan begini selalu bersendirian
lagipun memang aku juga suka pada kau
cuma aku tidak berani untuk meluahkan perasaan ku
kerana aku takut kau katakan aku sama macam laki-laki lain

jadi lebih baik aku menyendiri...
gadis itu terkejut lagi...
kerana dia sangkakan laki ini
tiada perasaan terhadap wanita...

lalu gadis ini tersenyum...
lalu berkata pada laki itu...
jadi kau sudi jadi kawan ku...
laki itu berkata aku sudi...
meraka sama-sama tersenyum

pada keesokkan harinya...
ketika mereka sama-sama
sedang duduk di bawah pohon
dekat dengan kantin itu
gadis itu bertanya pada laki itu

setiap malam aku selalu nampak
kau akan keluar dari kawasan kolej..
kau pergi kemana...
laki itu menjawab...
kau mahu tahu...
malam nanti aku bawa kau..
ketempat itu...
gadis itu berkata...
baiklah kalu begitu malam nanti
kita jumpa di sini pukul 8 malam..

tidak lama kemudian
tepat pada pukul 8 malam..
laki itu menuggu gadis itu di bawah pohon behampira kantin itu...
tidak lama kemudian...
perempuan itu pun tiba...

lalu mereka pun terus pergi ke tempat
yang dimaksudkan laki itu...
setelah sampai...
gadis itu terkejut...
melihat suasana ditempat itu sungguh indah..

lalu gadis itu berkata...
aku tidak sangka yang kau
selalu pergi ke tempat yang sungguh indah ini seorang diri
dan aku tidak sangka

aku gadis pertama yang kau
bawa pergi tempat secantik ini...
terima kasih ya wahai sahabat ku..

dalam mereka menghayati kepekatan malam..
di saat laki itu sedang sibuk menulis lirik...
lalu gadis itu bertanya
apa yang sedang kau karangkan
lalu laki itu berkata
aku menulis lirik...

lalu gadis itu berkata
boleh kau nyanyiankan untuk ku...?
lagi itu berkata...tidak mahu lah...
aku malu...kerana lirik ku tidak sempurna
lalu gadis itu terus memujuk laki itu
untuk nyanyikan juga

tidak lama kemudian laki itu
nyanyi jua...
setelah gadis itu memegang tangan nya
secara tiba-tiba...

di saat laki itu menyanyi...
gadis itu menangis...
kerana lirik yang laki itu karang sangat menyentuh jiwa
si gadis itu...

tidak lama kemudian
laki itu pun sudah taman kan lagu nya...
lalu laki itu bertanya kenapa kau nangis...
gadis itu berkata
aku nangis kerana akutidak sangka yang kau telah
banyak memerhatiku
dan telah banyak menulis lirik tentang diri ku

aku juga tidak sangka yang kau sayang pada ku..
terima kasih aku ucapkan pada kau..
laki itu menjawab ya..
aku memang sayang pada kau...
aku cinta pada kau...

kerana sejak hari aku tahu
yang kau sering memerhatikan aku...
aku rasa sangat bahagia...
sebab itu aku buat ini semua untuk kau

si gadis itu dengn tidak banyak kata
terus memeluk laki itu
lalu berkata"aku jaga sayang dan
cinta pada kau..
aku tidak mahu kehilangan kau"

laki itu lalu berkata..
ya...aku akan jaga kau sehingga akhir hayat ku....
lalu tidak lama kemudian mereka pulang...

ok buat masa ni...aku cerita stakat ini dulu...
nanti aku akan sambung lagi



Monday, September 13, 2010

kawanku


aku terasa bahagia
bila kawan-kawan ku
masih tidak lupa kan aku
dan masih mahu lepak,
enjoy besama ku...

aku terasa seperti dulu...
tak kira masa...
bila ajak lepak..
semua turun..

walaupun sekarang
masing-masing duduk jauh...
tapi bila cuti...
ada masa untuk berkumpul...

yang penting kemana kami pergi
solat tak pernah tinggal...
jumpa masjid atau surau..
singgah dulu...
tunaikan perkara wajib
untuk di tunaikan

jadi joe,kyle-rol,quddus..
kau semua! my friendship forever...

Thursday, September 9, 2010

buntu

kini pelbagai perkara
sedang aku fikirkan
aku buntu...

apa yang harus
aku lakukan
untuk kembalikan
kebahagiaan dalam dirinya

aku mahu lihat
si dia gembira
tanpa perlu berpura-pura

aku mahukan si dia
ketawa dan senyum
penuh keikhlasan
bukan senyum di luaran sahaja
malah di dalamnya sekali
di sudut hatinya...

agar si dia
tidak lagi
bermurung bila bersendirian

aku mahu si dia
gembira...
aku akan usaha sedaya upaya
pulihkan keadaan ini...

aku akan buat si dia
ketawa dan senyum
tanpa terpaksa...
aku tidak mahu
si dia anggap diri nya
tempat orang melontar fitnah
dengan kata-kata yang tidak sepatutnya

aku mahu si dia lupakan ini semua
agar si dia tidak bermurung
cukup lah selama ini si dia
terseksa...
cukup!!

aku tidak mahu si dia terus teseksa

Wednesday, September 8, 2010

takut!!!!

hati ku berkecamuk...
memikirkan hal ini...
aku rasa tidak menentu..
aku tidak tahu kenapa...

tapi yang pasti...
aku amat takut
aku takut aku telah melukakan seseorang
atau aku ade buat salah pada seseorang..

aku takut hal ini berlaku
manusia tidak sempurna
kadang kala
aku juga terlepas pandang..

yang aku ada
tersalah cakap
ketika berbicara..
menyebabkan orang terluka..

aku tidak mahu semua ini berlaku..
tambah-tambah lagi pada si dia..
aku akui aku sayang dia...
tapi aku tak nak
di kata kan sebagai syok sendiri..

aku mahu katakan padanya
tapi aku rasa tiada masa
yang sesuai
lagi pun si dia terlalu banyak
dengan masalah

aku tidak kisah aku
di tolak
kerana aku tidak pernah takut
akan itu semua
apa yang aku fikirkan adalah
aku telah mencuba
dan aku dah luahkan perasaanku
pada si dia

ayien satu saat
dan ketika
aku akan katakan
padamu
apa yang aku ingin katakan

tapi sebelum itu
aku minta maaf
jikalau kau banyak terasa dengan ku
maafkan ku...

i!i celaru i!i

kali ini rinduku
tidak lagi pada kakak ku
rindu ku pada kakak ku telah terubat
rindu ku kali ini pada seorang insan lain

aku terasa amat rindu sekali pada nya
walaupun baru sehari
ku dan dia tidak mesej atau
apa-apa sahaja yang boleh
merapatkan hubungan aku dan dia...

tiap kali aku dan dia berjauhan
dari segi jarak atau apa-apa sahaja
aku pasti akan teringat dan terfikirkan dirinya
dia lah yang selalu menemani ku..
aku bahagia sangat dapat mengenalinya..

tapi aku takut...
aku takut perasaan aku terhadap nya
berubah menjadi sayang yang berbentuk cinta
bukan aku tak sudi atau tak suka padanya

tapi diriku masih ada tanda tanya..
aku tidak mahu
perasaan aku ini ingin mencuri hati
seorang kekasih orang...

kalaulah betul dia kekasih pada
seseorang...
aku akan rasa bersalah...
kerana cuba untuk menyimpan
satu perasaan terhadapnya

bukan ku pinta semua ini
tapi aku tidak dapat mengawal
perasaan rindu dan sayang ku
padanya...
aku juga telah mencuba..
untuk menghalang perasaan ku
dari tejerumus dalam lembah
yang kasih sayang nya berbentuk cinta

kerana aku tidak mahu diriku
bergantung nasib pada kekasih orang..
aku tidak dapat memastikan nya lagi...
kerana insan ini belum memberi jawapan padaku...
apakah status nya sekarang...

insan ini tidak pernah tahu yang aku
sayang sama dia
dan selalu teringat
akan dia....

cukuplah sekadar aku sahaja yang mengetahui
agar tiada perkara buruk
yang berlaku...



Tuesday, September 7, 2010

~perasaan~


hidup ini...
tak ubah umpama tayar
bila kita golekkan dia
kita akan lihat

yang di atas jatuh ke bawah
dan yang bawah naik keatas
sama seperti hidup kita..
tiada beza nya...

tapi satu sahaja tidak akan berubah
iaitu...
hati dan perasaan
yang lebih kepada
cinta dan sayang...

jika kita sayang dan cinta
pada seseorang
sedalam-dalamnya...
kita tidak akan lagi
ubahnya kepada orang lain

kerana kita mahu si dia
jadi yang terakhir untuk kita
sayang dan cintai...

walau apa pun terjadi
kita tetap mahu
pertahankan cinta kita itu
dari perkara yang amat perit sekali
iaitu "putus"

semua orang sangat takut dengan
perkataan ini...
bila hati kita sudah teramat sayang
pada si dia...

kerana ia amat menyakitkan hati...
dan amat perit sekali untuk
diterima...

bila ia berlaku
banyak perkara akan berlaku pada
yang ditinggalkan

bagi siapa yang lemah
ia akan takut untuk bercinta lagi...
bagi yang kuat dan tabah
ia akan tidak serik untuk bercinta lagi
bagi yang berdendam
dia akan bercinta lagi
tapi dengan niat mahu membalas dendam
di atas apa yang dia telah kena...

semua ini...
sebenarnya tidak akan berlaku
jika semuanya
baik laki-laki mahu pun perempuan
setia pada pasangan nya...

cinta yang kekal abadi
adalah cinta suci dan hakiki...

kenapa???

kenapa sehingga kini..
aku masih terfikirkan
benda yang sama...
pelbagai cara aku telah lakukan

untuk melupakan
hal ini...
tapi aku tidak berdaya..

aku tidak mahu
diriku...
di penuhi tanda tanya..

aku tidak mahu
diriku....
terseksa begini

aku mahukan
kepastian dan jawapan...
tapi aku tidak mampu
untuk mendapatkan semua ini..

kerana ada sesuatu
yang masih aku belum dapatkan jawapan...
jika aku sudah dapat jawapan...
untuk pertanyaan ini...

aku akan dapatkan jawapan
bagi apa yang aku
selalu fikirkan
agar tiada lagi kebuntuan...

ya Allah...
berikan lah aku pertunjuk
agar aku dapat
mencari jalan dan jawapan
bagi pertanyaan yang sedang bermain di fikiranku

perkara ini tiada
kaitan dengan masa lalu ku
tapi berkaitan dengan masa kini...
yang baru sahaja berlaku...

tiada kaitan
dengan kehidupan lama ku
atau pun dengan bekas-bekas
teman wanita ku...

aku mahu kan jawapan
tolonglah...
ianya bukan berkaitan dengan soalan
berkaitan aku mahu pada seseorang...
tapi hanya soalan biasa-biasa...

tak apa lah...
aku akan menanti dan terus mencari jawapan ini...


Thursday, September 2, 2010

hayati cerita ini

cerita ini...
aku pernah cerita pada seseorang
cerita yang aku sendiri reka secara spontan
ketika aku lihat seseorang ini tengah bersedih
dengan niat ku untuk memulih kan semangat seseorang ini
jadi hayatilah
jika anda di situasi yang sama.....

pada suatu ketika
ada seorang gadis yang sedang
duduk bersendirian
di buaian di sebuah taman
berhampiran rumahnya

si gadis ini...
selalu pergi ke taman itu
pada setiap petang

kerana di situ si dia dapat teringat akan
seseorang....
hati nya tidak pernah patah
untuk terus pergi ke taman itu...

si gadis ini tahu...
suatu hari nanti
si dia pasti akan dapat
balasan yang amat
mengembirakan si gadis ini...

pada suatu hari...
saat si gadis ini
mahu berjalan pulang
ke rumahnya
dari taman tersebut
pada senja hari...

ketika si gadis sedang berjalan
ketika itu si gadis telah hampir putus asa
tiba-tiba si gadis terkejut
kerana ada sesuatu
yang memegang tangan kanan nya

bila si gadis
paling kebelakang
si gadis terkejut
kerana lelaki yang selama ini
si gadis tunggu
datang tepat pada masa nya

tiba-tiba si gadis itu dengan tidak berkata
apa-apa...
lalu terus mengalirkan air matanya
lelaki tersebut terus memeluk
si gadis ini dari belakang
dengan mengatakan
"sayang maafkan aku,
aku tidak berniat untuk membiarkan
dirimu menunggu ku terlalu lama"

si gadis ini dengan tidak bercakap banyak
lalu memeluk lelaki itu...
si gadis ini berkata
jangan tinggalkan aku lagi...
aku amat memerlukan mu...
aku amat sayang pada mu...
aku tidak sanggup hidup tanpa mu...

aku pulang ini...
bermakna aku tidak akan pergi lagi...
kita akan bersama buat selamanya...

mencari ketenangan

aku mahu mencari sinar baru
dalam kehidupan ku
aku juga mahu
mencari satu tempat baru
yang cukup tenang
untuk ku menenangkan diriku
yang selalu kusut...

hidup ku tidak menentu
kadang-kala
saat aku gembira
aku boleh berduka
tapi tiada siapa yang tahu

jika aku terkenangkan sesuatu
atau sedang berduka
aku akan bersendirian
kemana sahaja...
tanpa sesiapa sedar

bila tiba saat ku pulih...
aku akan kembali
dan masa itu
tiada sesiapa yang akan tahu
yang aku sedang berduka...

aku tenang bila bersendirian
disuatu tempat
yang sunyi dibawah satu pohon
diterangi pula bulan
yang memberi ku sinar kedamaian...

bersendirian ditempat begitu
membuatkan aku
lupa segala masalah yang aku hadapi...

(janganlah kita tunjukkan kesedihan kita
di saat kita bergembira bersama rakan)

kerinduan terubat


raya tahun ini
sungguh bermakna
bagi ku
kerana kakak ku
akan pulang beraya bersama
aku dan keluarga...

setelah sekian lama dia
tidak pulang
kerinduan aku
terhadap nya
akan terubat

aku tidak sabar menanti kepulangannya
kerana dia lah satu-satunya
kakak kandung yang aku ada...

tiap kali aku bersendirian
aku selalu teringat akan dia...
kerana aku tidak pernah berjauhan dengan kakak ku
selama ini...
selalu nya....
hanya seketika...
seminggu atau dua minggu sahaja

jadi bila mak aku memberitahu yang dia
akan pulang tidak lama lagi...
aku rasa rindu ku terhadap nya
akan terubat....

Wednesday, September 1, 2010

hati ku tenang


aku rase amat tenang sekali
bila hati tidak berkecamuk
otak tidak serabut...
pemikiran tak terganggu...

setelah aku telah kembali
bersendirian...
seperti dulu...
tidak ada lagi yang ingin
menghalangku...
dari duduk seorang diri
atau kemana sahaja aku mahu pergi...

aku bukan jenis yang
suka di tanya
kemana ku mahu pergi
dengan siapa aku mahu keluar
atau buat ape mahu keluar
seorang diri...

bukan urusan mu...
yang pasti kemana sahaja
aku pergi
atau aku buat
bila seorang diri...

aku tidak pernah
menduakan sesiapa
kerana aku berpegang teguh
dengan pendirian aku
bila bercinta
haruslah setia,ikhlas dan jujur

aku bukan seorang lelaki yang
suka bermain dengan kata-kata
dan janji manis...
tapi hakikat nya mengecewakan
seseorang perempuan

aku bukan begitu!!!
aku tidak pernah melakukan
itu semua...
aku akan sayang sepenuh hati aku
aku akan jaga lebih dari diri aku

tapi aku tidak faham
kenapa semua yang aku buat
di balas dengan perkara
yang amat perit sekali
untuk aku terima

cinta bukan untuk dipermainkan
tapi cinta perlu dijaga
dan dibagi pula dengan kasih sayang..
cinta tak perlukan pengorbanan
tapi cinta perlukan kasih sayang dan keikhlasan...

bukan mudah untuk buat orang
sukar untuk lepaskan kita
tapi mudah untuk buat orang membenci kita

aku tahu aku tidak sempurna...
tapi aku tidak pernah berusaha
untuk bagi cinta dan kasih sayang
dengan sepenuh hati dan ikhlas
kepada sesiapa yang aku sayang dan cintai

tapi bila aku dipermainkan...
aku akan membenci orang itu sedalam-dalam nya
kerana apa yang aku bagi(cinta dan kasih sayang)
tidak dihargai...

aku mudah memaafkan orang
tapi bukan bermakna
aku untuk dipijak...

jika kau ingin mengambil kesempatan
di atas apa yang aku lakukan
kau silap
kerana kau akan terima
akibat nya
iaitu kebencian yang sukar di padamkan...