Pages

Monday, September 26, 2011

takdir dan cinta

takdir cinta?
aku percaya dengan
takdir dan cinta
aku percaya
takdir dan cinta
tidak dapat dipisahkan

lagipun
setiap manusia
atas muka bumi ini
perlukan pegangan
baru hidup kita
tidak terombang ambing

kita akan menjadi seorang
yang tidak punya pendirian yang tetap
bila kita tiada pegangan

jadi sama la juga
takdir dan cinta
walaupun ianya dua benda
yang berbeza

tapi tanpa
takdir
kita tidak akan dapat cinta yang sejati
dan
tanpa cinta
kita tidak akan percaya pada takdir

kerana kita sebagai manusia
selalunya hanya akan
percaya pada takdir
apabila cinta yang mereka
tunggu selama ini
muncul
dan cinta itu membahagiakan mereka

jadi sebab itu kita sebagai
manusia
jangan menolak
apa yang telah ditakdirkan kepada kita
lebih-lebih lagi dalam cinta

kerana cinta yang ditakdirkan
untuk kita
sebenarnya
adalah cinta yang benar-benar
sejati dan suci

cuma kadang kala kita harus bersabar
sementara takdir cinta kita
sampai pada kita.

Saturday, August 27, 2011

ini yang kau pinta

sekarang hidup aku
makin sunyi

dulu aku ditinggalkan
kekasih hati
sekarang aku hilang
sahabat baik

aku tahu
aku yang campak dia keluar
dari hidup aku

tapi aku lakukan semua itu
ada sebabnya
aku tak sanggup ditipu lagi
dan menahan perasaan
atas sikap dia
yang tidak pernah untuk
mengambil serius
dalam satu-satu perkara itu

ya
aku tahu
dia sekadar ingin mengembirakan
hati dia
tapi bukan sampai tidak fikir
perasaan orang lain

sehingga sekarang
aku masih ingat mesej
yang telah dia hantar pada aku


mesej itu benar-benar
buat aku marah

apa aku buat
serba tak kena

aku tidak tahu
apa motif dia
untuk hantar mese
j sebegitu rupa
pada aku

oh..
aku lupa
dia kadang kala
tidak pernah sedar
dengan apa yang telah dia lakukan

apa dia tahu
dia rasa gembira
itu yang lebih penting bagi nya
dari memikirkan perasaan orang lain

lagipun aku sedar siapa diri aku bagi nya
hanya sebuah kamera buruk
yang hanya diguna kan
bila rasa perlu

bila dia bosan
tiada siapa yang menemaninya
dia datang cari aku

bila ada masalah
dia datang cari aku

bila dia inginkan pendapat
dia juga datang cari aku
tapi tidak pernah dia gunakan pendapat aku itu

ya
aku tahu
aku bukan seorang sahabat
yang penuh dengan ciri-ciri yang kau mahukan
sebab itu aku
diperlakukan sebigini rupa

tapi kau harus ingat
walaupun kita sudah
tidak berkawan
aku tidak pernah lupa janji
kau pada aku

walaupun aku tahu
kau telah melupakan nya

janji yang telah kau tabur
tidak akan aku lupa kan
selagi kau dan aku
berpijak di bumi yang nyata

Tuesday, August 16, 2011

hampa!!!

setelah aku dapat mesej dari nya
sebentar tadi
yang mengatakan si dia telah
punya teman istimewa baru

handphone telah
telucut dari tangan ku
secara tiba-tiba

hati aku juga turut makin layu

aku ingat
kata-katanya dulu
yang mengatakan
si dia tidak terima aku
kerana menanti kekasih lama nya

tapi tidak ku sangka
lain pula jadi nya
kalau si dia benar tidak mahukan aku
tidak perlu bagi alasan
jujur saja

katakan pada ku
kenapa tidak dapat terima aku
tidak kata menati seseorang
sedangkan
bila hati mu sudah bosan
menanti

kau cari yang lain
tapi bukan diri ku

aku rasakan seperti aku
dipergunakan oleh mu
setelah sekian lama aku bersabar dengan sikap
dan perangai mu
ini yang ku dapat sebagai balasan

aku sanggup makan hati
demi aku dapat lihat kau bahagia
dapat lihat kau ketawa
tersenyum dan gembira

tapi aku tidak sangka
kau tolak cinta ku
dan kau terima cinta orang lain

segala pengorbanan aku
selama ini pada dirimu hanya sia-sia

jika ku tahu dari awal
kau memang tidak perlukan aku
tidak perlu aku terus bersabar,tahan caci maki
dan hindarkan perasaan bosan aku

benar kata sahabat ku
sekali perempuan kata tidak
setelah kita luahkan perasaan padanya
sampai bila-bila dia tidak akan terima kita

apa aku boleh katakan padamu
semoga bahagia

mulai saat ini
aku tidak akan mengganggu diri mu
biar la kenangan kita menemani hidup aku
walaupun hanya ilusi samata-mata...

biarlah aku jaga kenangan kita ini
seperti mana aku mengasuh diriku agar bersabar
dengan sikap dan perangai mu




Saturday, August 6, 2011

kau

dirimu
sentiasa buat aku tersenyum sendiri
tiap kali aku teringat
akan dirimu

tiap kali aku teringat dirimu jua lah
wajah mu sentiasa
bermain difikiran ku

aku kadang-kala
tidak mengerti
kenapa semua ini terjadi

sedangkan aku tahu
dirimu bukan milik ku

tapi...

tidak ada yang mustahil
dunia...
cinta..
perasaan..
hati...
semuanya aku yakin
akan aku miliki
dari mu
satu ketika nanti

cinta yang satu
akan datang tanpa diduga
itu lah cinta yang aku
nantikan darimu
buat diri ku ini

Thursday, August 4, 2011

bila di "PPP"

pada hari ahad yang lalu
ketika ppp sedang berlangsung
aku rasa aku mungkin tidak akan
muncul sebagai aku yang sebenar

tapi bila suasana seperti agak sunyi
aku cuba keluarkan diri aku yang selumber
dan spontan

banyak benda yang aku buat
semua datang secara tiba-tiba
dan aku terus luahkan

bila orang ketawa
hati aku rasa senang
kalau tak
aku rasa seperti ada yang tak kena

tapi apa-apapun
aku suka
bila pensyarah
menyuruh setiap kumpulan
menyampai kan satu persembahan

jadi aku dan kumpulan aku cuba mencari
idea apa yang ingin kami lakukan

pada masa yang sama
seorang dari kumpulan aku
mengajukan soalan
"siapa yang pandai buat puisi atau sajak?"
aku diam

tapi pada masa yang sama
hati aku tergerak untuk buat satu sajak
dengan hanya diberi 10minit
aku cuba mencari ilham
bukan ilham syafiq sahabat ku
tapi idea..

tangan aku tidak berhenti menulis
baris demi baris
hingga la siap
aku bertanya pada ahli kumpulan ku
sajak ni ok tak..
dan diaorang baca

diaorang kata ok...

bila tiba masa untuk kumpulan aku buat persembahan
aku keluar kehadapan
dengan perasaan gemuruh

kumpulan aku
menyangkakan bahawa
aku akan sekadar baca sahaja
mereka tidak menyangka aku
akan alun kan sajak itu dengan irama nya sekali

sajak yang telah aku tulis bertajuk AKU
ini sajak nya

aku..
aku tidak pernah menyerah
sekali aku melangkah
tidak akan aku berhenti

apa jua rintangan
akan aku tempuhi

puncak yang tinggi
akan ku tawan

dari melangkah aku berlari
agar aku tidak ditinggali

kumpulan adapter aku duduki
disini aku kembali menonjolkan diri

ini lah sajak yang telah aku buat
aku rasa puas bila dapat kembali bersajak kembali
setelah sekian lama
aku berhenti membuat dan menyampaikan sajak
PPP telah buat aku kembali
kedunia lama ku

Monday, July 25, 2011

kenapa aku sayang padamu

sebelum aku tidur
ingin aku karang
satu luahan hati ku yang
sukar untuk digambarkan
dalam bentuk tulisan

tapi aku cuba apa yang termampu
hanya kerana dirimu

aku tidak pandai berkata-kata
aku tidak pandai memujuk rayu
dan
aku tidak pandai meninggi suara
padamu

hanya ku tahu memendam rasa
walaupun ianya duri yang mampu melukan aku
tapi aku sanggup bertahan

agar aku dapat melihat sinarnya
di kemudian hari

kau pernah tanya pada ku
kenapa aku sayang pada mu

kini aku luahkan dalam bentuk
tulisan yang aku cuba karangkan

sejak kita kenal
kau sentiasa ada bersama ku
kau menemani siang ku
dan malam ku

tanpa rasa jemu

hari-hari ku
sentiasa bersinar
bila aku dapat mendengar
tawa mu

dan
bila kita tidak behubung
pada satu ketika dulu
di awal pekenalan kita
kau katakan padaku

kenapa tiba-tiba
aku diamkan diri
puas kau menunggu ku
tapi aku tidak muncul

aku menjawab pertanyaan mu
bahawa aku takut
aku takut aku mengganggu mu

law kau menbalas kata-kata
aku itu
bahawa aku tidak pernah mengganggumu

sejak itu
hati aku mula berbunga
seperti bunga yang telah disiram air
di awal pagi
dan terus kembang dengan gah nya

hari demi hari
aku memupuk perasaan sayang aku pada mu
kerana
aku dapat rasakan satu aura
yang sungguh istimewa

kerana kau melayan aku
dengan sunguh baik...

kata-kata mu
suaramu
dan senyum tawa mu
telah buat aku terpikat pada mu
wahai gadis comel dan manja

aku benar-benar menyayangimu
sepenuh hati ku
tidak kurang walau sedikit pun

hari berganti hari
perasaan sayang aku padamu
kian bertambah
walaupun kau tidak pernah nampak semua itu

sudah lama aku tidak menyayangi
seseorang itu
tapi kemunculan mu
membuatkan hati ku terbuka
untuk mula menyayangi mu

jadi ingin aku, kau tahu
bahawa aku sayang dan cinta pada mu
sepenuh hati ku

Sunday, July 24, 2011

aku ditolak

aku cuba mencari cinta
untuk mengubati luka
dihati ku ini
tapi apa kan daya
cinta ku ditolak
walaupun
telah bermacam cara
telah aku lakukan

aku cuba untuk menjadi
yang terbaik untuk nya
tapi
hakikatnya
aku tetap juga
diketepikan

aku rasa diri aku
tidak lagi bermakna buatnya
mungkin juga selama ini
si dia hanya jadikan aku
sebagai tempat dia berteduh
dari kesedihan yang menimpa diri nya

tapi aku redha
aku terima semua ini dengan hati terbuka
aku membantu nya
sedaya upaya aku
dengan hati yang ikhlas

aku sanggup mengenepikan
perasaan ku buat seketika
demi membantu mu
menjadi tempat kau mengadu
walaupun hati ku sebenarnya terluka
tapi aku sanggup bertahan agar kau
kembali ceria

tapi

jika benar si dia tidak boleh menerima aku
kerana lelaki itu
aku tidak akan meluahkan perasaan ku ini lagi
walaupun hakikatnya aku benar-benar
sayang akan dirinya

cinta ku hanya untuk nya

kerana aku sayang padanya
aku sanggup korban
perasaan ku demi kebahagiaan nya
dengan orang yang dia sayang

aku cuba dengan hati yang ikhlas
untuk pulihkan hatinya yang lara itu

aku harap
apa yang telah aku buat
tidak disalah ertikan oleh nya

kerana niat ku baik
hanya ingin menemani nya

supaya si dia tidak pernah rasa sunyi
tanpa ada orang di sisi

tapi

aku rasa aku gagal
kerana si dia tetap menangis
tetap rasa sunyi
tanpa insan yang si dia sayangi itu

insan yang pertama berjaya
mencuit hatinya

aku redha
jika sudah tertulis
dalam kamus hidup mu
bahawa hatimu
bukan milik ku


dari ku
insan yang menyayangi mu