Pages

Sunday, July 24, 2011

aku ditolak

aku cuba mencari cinta
untuk mengubati luka
dihati ku ini
tapi apa kan daya
cinta ku ditolak
walaupun
telah bermacam cara
telah aku lakukan

aku cuba untuk menjadi
yang terbaik untuk nya
tapi
hakikatnya
aku tetap juga
diketepikan

aku rasa diri aku
tidak lagi bermakna buatnya
mungkin juga selama ini
si dia hanya jadikan aku
sebagai tempat dia berteduh
dari kesedihan yang menimpa diri nya

tapi aku redha
aku terima semua ini dengan hati terbuka
aku membantu nya
sedaya upaya aku
dengan hati yang ikhlas

aku sanggup mengenepikan
perasaan ku buat seketika
demi membantu mu
menjadi tempat kau mengadu
walaupun hati ku sebenarnya terluka
tapi aku sanggup bertahan agar kau
kembali ceria

tapi

jika benar si dia tidak boleh menerima aku
kerana lelaki itu
aku tidak akan meluahkan perasaan ku ini lagi
walaupun hakikatnya aku benar-benar
sayang akan dirinya

cinta ku hanya untuk nya

kerana aku sayang padanya
aku sanggup korban
perasaan ku demi kebahagiaan nya
dengan orang yang dia sayang

aku cuba dengan hati yang ikhlas
untuk pulihkan hatinya yang lara itu

aku harap
apa yang telah aku buat
tidak disalah ertikan oleh nya

kerana niat ku baik
hanya ingin menemani nya

supaya si dia tidak pernah rasa sunyi
tanpa ada orang di sisi

tapi

aku rasa aku gagal
kerana si dia tetap menangis
tetap rasa sunyi
tanpa insan yang si dia sayangi itu

insan yang pertama berjaya
mencuit hatinya

aku redha
jika sudah tertulis
dalam kamus hidup mu
bahawa hatimu
bukan milik ku


dari ku
insan yang menyayangi mu



No comments:

Post a Comment