Pages

Sunday, November 4, 2012

cinta jari manis

cinta itu satu anugerah
dari Ilahi
buat kita hambaNya

cinta "jari manis"
jarang dijumpai
tapi cinta jari manis
lebih mudah didapati
daripada menerima
lafaz aku cinta padamu
dari seseorang

cuma cinta jari manis
amat unik sekali
ia berbeza dari cinta-cinta
yang sedia ada diatas muka bumi ini

cinta jari manis
adalah cinta yang melibatkan
kelima-lima jari kita sama ada
tangan kanan mahupun tangan kiri

kerana cinta jari manis ini
dapat ditafsirkan
melalui jari jemari kita

aku tidak tahu kenapa
hati aku tergerak untuk 
menulis kisah cinta jari manis ini
di dalam blog aku

mungkin jua 
ini cinta yang ingin aku miliki
cinta yang penuh dengan 
maksud yang tersirat didalamnya
dan penuh dengan unsur pengorbanan
dan kesetiaan

sebab itu cincin perkahwinan
disarungkan pada jari manis
bukan pada jari-jari kita yang lain

jika kamu semua 
inginkan kepastian
cuba kamu semua rapatkan
kedua-dua belah tapak tangan kamu
dan cuba silangkan jari tengah kamu
dan cuba renggangkan semua pasangan jari kamu
selain dari jari tengah kamu yang telah
kamu silangkan
dari situ kamu akan
dapat jawapannya
dari apa yang telah aku katakan tadi

No comments:

Post a Comment