Pages

Sunday, July 24, 2011

bila hati ingin bertemu pemiliknya

telah lama aku tunggu saat ini
saat untuk aku meluahkan
segala apa yang telah
ku simpan selama ini

saat aku bertemu dengan nya
hati ku mula berbisik
jangan kau fikir malu
bila cintamu di tolak
asalkan kau sudah punya
kekuatan
untuk meluahkan isi hati mu
padanya insan yang kau cinta

aku mula kuatkan diriku
untuk mengatakan nya
ketika si dia dalam dangkapan ku

ketika si dia membenarkan aku
memeluknya
aku rasa hatiku makin mendapat
kekuatan untuk melafazkan
dan meluahkan apa yang tersirat
di hati yang kerdil ini

saat aku meluahkan segala
isi hati ku padanya
mata ku tidak henti memandang tepat padanya
walaupun si dia tidak mahu memandangku
kerana malu...

tapi aku tidak kisah semua itu
asalkan aku dapat luahkan apa
yang tersirat dihati ku ini

setelah meluahkan
apa yang tersirat dihati ku ini
aku rasa lega
dan beban di benak fikiran ku
sudah berkurangan

tapi sayang..

cinta ku seolah ditolak
kerana masih ada
insan yang tersayang didalam hati nya
walaupun insan itu
bukan miliknya lagi



Monday, July 18, 2011

parah

hidup ku kini
ku rasa kan kian parah
lukanya
tapi akan ku simpan
dalam hati ku ini
hingga ia hancur menjadi debu

luka yang datang tanpa
henti seperti
beribu-ribu panahan berapi
datang menyusuk dada ku

sungguh berat penyeksaan ini
hingga aku rasa bagai
diri tiada tempat lagi
di atas muka bumi ini

untuk aku terus gembira
tanpa rasa sengsara

kini hati ku yang
telah kembali pulih
sudah luruh ke tanah..
tanpa sempat aku berbuat apa-apa

hati ku baharap
akan ada yang sudi menghulurkan tangandengan penuh keikhlasan
untuk menyatukan hati ku dengan diri ku
untuk kembali gembira
atau menyucinya
agar hilang parut dan luka
supaya ia kembali bersinar


Saturday, July 9, 2011

hancur

hidup aku kini bersama
insan yang telah aku
ceritakan sebelum ini
kini telah musnah
kerana si dia
tiba-tiba berubah

aku rasa amat kecewa dengan sikap nya
hingga kini aku dapat rasa
keperitannnya
dan baru kini aku mampu cerita kan semua ini
dalam laman blog ku ini

yang sudi jadi tempat untuk aku
luah kan perasaan

aku rasa sunyi yang teramat sekarang
tapi aku tidak pernah berhenti
untuk cuba mengembirakan
diri aku sendiri
walaupun aku tahu
ianya amat sukar bagi ku

melakukan nya sendirian
tanpa ada yang menemani aku
untuk menceria kan aku

tapi aku tetap akan mencuba
kerana dalam hidup aku
tiada istilah mengalah
sebelum aku mencubanya

dan aku akan senang untuk ceria kembali
bila aku dapat buat orang lain rasa
gembira bersama insan yang diorang sayang
dengan membantu mereka
agar tidak bermasam muka lagi

hidup ini tidak akan indah jika
kita sentiasa bersedih atau
bermasam muka

kita jangan biar orang lain sedar yang kita
dalam kesedihan
kerana nanti dia turut sedih..
dan kemudian suasana ceria
akan bertukar menjadi sayu

jadi sebab itu aku tidak
akan biarkan
hati aku yang hancur ini
menghalang aku dari terus
gembira atau tersenyum

"0_o"

Saturday, June 18, 2011

bila taman sudah punya sinar

dulu hati ini sering saja bertanya
bila taman hati ku
akan bersinar
dengan bunga
yang ku idam-idamkan selama ini

tapi kini
hati ini telah punya
sinar dari bunga idaman
hati ku

aku bersyukur
Allah telah ketemukan aku
dengan si dia..

hidup ku dulunye
sunyi
kini bertukar menjadi
ceria

sifat dirinya
yang sering ceria
membuat kan aku rasa riang
dan tidak bosan
bila bersamanya

aku harap sinar yang telah menyinari
taman hati ku ini
akan kekal buat selamanya..

terima kasih sayang ku iera..kerana sudi menyinari
taman hati ku ini
yang telah sekian lama sunyi sepi
dan suram




Monday, May 23, 2011

adakah esok kita akan bertemu kembali

adakah esok kita akan bertemu kembali
itu lah ungkapan
yang selalu bermain dihatiku
tiap kali aku berjumpa
dengan orang yang aku sayang

perkataan ini selalu bermain dihati ku
kerana aku tidak mahu berpisah
dengan nya
kerana aku dan diri nya sukar untuk berjumpa

jadi bila sudah berjumpa
perasaan untuk tidak mahu lepaskan dirinya
walaupun hanya kerana sidia mahu pulang
turut timbul
tapi apa kan daya
sidia harus pulang
ini kerana aku dan si dia tiada apa-apa
ikatan

jadi sebab itulah hati aku
sering berkata-kata
"adakah esok kita akan bertemu kembali"

tapi sayang itu semua cerita dulu
sekarang aku tidak dapat rasakan lagi
perasaan seperti itu
kerana
aku sudah tiada teman istimewa

hanya ada dalam hati aku
adalah satu taman yang sunyi
yang sudah lama tiada
penghuni untuk menceriakan suasana di situ



Friday, May 13, 2011

pakaian dan kasut


pakaian dan kasut
memang penting bagi seseorang
sampai ada yang sanggup
habiskan duit
beratus-ratus
beribu-ribu
baik laki atau pun
perempuan
untuk dapatkan pakaian dan kasut
yang diorang minati

tapi kali ini
aku nak cerita
pasal pakaian dan kasut
yang aku suka tengok
perempuan pakai

mula-mula...
aku nak cerita pasal baju
yang aku suka tengok perempuan pakai
iaitu t-shirt dress
macam contoh kat atas ini

dan seluar skinny...
tak kisah lah
skinny jean ke atau skinny biasa
asalkan skinny
untuk seluar aku tak ada la
gambar

akhir sekali
kasut...
aku cukup suka tengok perempuan
pakai kasut tumit tinggi atau wedges jenis tapak terompah
macam contoh dakat bawah ini
nie la dia contoh-contoh kasut nya

bila aku tengok perempuan
pakai semua jenis yang aku suka ini
aku mesti tersenyum

ia buatkan hati aku tenang
dan senang
kerana bila pakai t-shirt dress dah sah-sah
baju sampai paras pinggul
jadi tiada lah seksi
sampai boleh nampak pinggang atau pinggul
maaflah
bukan saja nak cakap benda macam ni
tapi itu la kenyataannya

bila dah pakai t-shirt dress
dipadankan pula dengan
skinny dan juga kasut tumit tinggi atau wedges
warh!!meletup...

memang suke betul la aku tengok


Sunday, May 8, 2011

rindu

aku rindu sangat
akan si dia
telah lama aku
tidak berjumpa
dengan nya

dia sering sibuk
dengan sekolah lagi
dengan kerja sambilan nya lagi

walaupun aku dan si dia
hanya kawan
tapi amat rapat
sebab itu aku rindukan dia

kerana sekarang
aku dan si dia
dah tidak macam dulu
sering mesej

sekarang aku nak mesej dia pun
aku takut mengganggu dia

aku tidak mahu ganggu dia
kerana aku kesian kat dia
aku takut dia penat
dan ingin kan rehat

jika aku ganggu dia
dia tidak akan dapat rehat

jadi sebab itu
aku tunggu dia mesej aku
aku hanya ada dia yang sentiasa
dekat dengan aku

aku harap
dia tidak pernah lupakan
persahabatan aku dan dia
yang telah lama aku dan dia
jalin kan

aku juga berharap
aku dapat berjumpa dia
dalam masa terdekat ini
sementara aku masih lagi
sedang bercuti...