Pages

Wednesday, March 14, 2012

kesedihan melanda hidup ku

hidup kadang kala
tidak lah selalu ceria
kadang kala
ada juga masa kita bersedih
sampai kan
apa yang dibuat serba tak kena

bila sedih susah betul
kalau nak kembali ceria

aku paling benci mood sedih ni
membuat kan aku mudah marah
dan rasa ingin bersendirian

dan aku tak suka
bila aku sedih orang tanya aku
kenapa??

kadang-kadang
ada benda yang aku tak boleh bagitahu sesiapa
bila aku sedih
tambah-tambah
kalau berkaitan cinta mahupun
melibatkan hal keluarga

bila ditanya
aku jadi makin rimas
mula la datang mood lain lak
yang lagi buat aku serabut dan sakit kepala

kadang-kadang
aku cuba sembunyikan
rasa sedih aku
tapi kalau aku terlalu sedih
aku sendiri yang tak dapat nak tahan

itu yang buatkan airmata
tetap mengalir

eerrmmm
aku tak tahu macam mana lagi nak hilangkan
rasa sedih aku ini

hanya Allah saja lah yang tahu
tentang hati ku ini

Friday, February 3, 2012

kerisauan

aku tidak tahu kenapa
aku rasa amat sukar sekali
untuk aku tidur malam ini

aku asyik teringat akan dia
hati aku tidak senang
asyik memikirkan dia

aku rasa
seperti ada yang tidak kena
seperti ada yang sedang dia
sorokkan dari aku

aku khuatir

aku tahu dia sedang sembunyikan
sesuatu dari aku
aku tahu dia tidak sihat

tapi dia tidak mahu
memberitahu pada aku
akan kesihatan dia

mungkin dia tidak mahu
aku risau akan diri dia

tapi dari perubahan diri dia
yang amat ketara
aku tahu ada yang dia sembunyi
dari aku mengenai kesihatan dia

kerana tiap kali aku tanya
pada nya
dia seolah-olah ingin
mengelak dari aku tahu
akan tahap kesihatan dia nya

Ya Allah..
hanya kau yang tahu
bertapa risau nya aku
terhadap dirinya

aku memohon pada mu
bagi la hambaMu ini pertujuk
agar segala pertanyaan dihati ku
terjawab semua nya

Saturday, December 17, 2011

17 december 2011

aku telah lama
tidak menulis apa-apa
dalam blog ku ini
hari iaitu
17 december 2011
aku mula menulis
cerita baru

hari ini umur ku genap 20 tahun
selepas ini aku tidak lagi menjadi budak belasan tahun
dah jadi budak umur 20-an

umur dah 20
tapi masih banyak benda
yang belum aku capai

setiap hari
aku cuba meniti di titian waktu
dengan penuh kesabaran
agar tidak terjatuh
dan hayut dalam peredaran waktu

kerana aku harus mengejar
dan mencapai impian ku
aku tidak mahu
impian sekadar impian
aku mahu mengubah nya
menjadi realiti

hanya satu aku pegang
(do the same,get the same)
jadi
sebab itu aku tidak mahu
impian sekadar impian
kerana aku tidak mahu dapat benda
yang sama yang tidak
mendatangkan keuntungan pada diri ku

perlu ke??
jadi seperti seekor hamster
yang hanya buat perkara yang sama
berlari dalam gelung bulat
pergi balik,
pergi balik
pusing tempat yang sama
kalau ini yang aku buat
aku akan terus berada di tempat yang sama

memang tidak lah jawapan aku
kerana aku mahu terus ke depan
seperti air terjun
dia akan terus mengalir dengan laju nya
dan dia tidak akan patah balik ke tempat asal nya

Friday, October 21, 2011

dia

bila hati
mula tertanya-tanya
inilah tempat untuk aku
luahkan segala perasaan aku

sian blog aku
terpaksa jadi tempat
aku meluahkan perasaan
yang kau tahu
tadah je apa yang aku nak tulis

aku tak tahulah
kadang2 aku rasa
diri aku ini
kuat cemburu
tambah-tambah bila aku
tengok orang bahagia
dengan pasangan dia..

aku juga teringin nak rasa
macam apa yang diorang rasa
sebab cinta dan manusia
memang tidak dapat dipisahkan
lari macam mana pun..
kita tetap akan kembali pada cinta
walaupun ianya perit

aku bukan nak apa-apa dari cinta
aku cuma ingin rasa gembira
dan aku ingin buktikan
yang aku juga
mampu bagi kasih sayang
dan buat dia gembira

tapi apakan daya
masih belum berpeluang
untuk aku berikan semua ini
pada dia
kerana dia yang dimaksudkan
belum ada dalam taman hati ku

dia yang istimewa
bagiku itu
akan muncul jua
aku hanya perlu bersabar


Thursday, October 13, 2011

sunyi

aku rasa sudah lama
aku tidak tulis apa-apa cerita kat sini kan
ermm...aku pun tak tahu apa
yang aku nak tulis

aku sunyi..
tapi aku cuba jadikan
diri aku tidak sunyi
setiap malam
aku tidak dapat tidur
awal

kerana asyik memikirkan
bila aku akan punya teman istimewa
yang boleh menerima aku seadanya

aku perlukan nya
agar aku dapat curah kan segala
kasih sayang ku padanya

tiap kali aku lihat
orang lain keluar bersama
teman istemewanya
aku pula
tiba-tiba rasa hilang mood

aku cuba patahkan
segala apa yang aku rasa
supaya aku gembira kembali
tapi
kadang kala
aku rasa mustahil aku dapat lakukannya

tapi
aku masih lagi mencuba
agar aku boleh tersenyum
untuk orang lain...

walaupun hati ini tidak mampu
untuk tersenyum lagi

Wednesday, September 28, 2011

halusinasi

aku tidak tahu
kenapa aku selalu teringat
akan sedia
walhal...aku sudah lama
putus dengan nya

tapi fikiran aku setiasa memikirkan si dia
tiap kali aku sunyi
dan aku rasa keseorangan

aku tidak mahu semua ini
menghantui hidup aku
aku rimas
kerana aku tahu
aku dan dia
tidak akan bersama lagi
dia ada hidup nya sendiri

jika takdir aku bersamanya
aku bersyukur padaMu ilahi

tanpa Mu siapa lah aku

Monday, September 26, 2011

takdir dan cinta

takdir cinta?
aku percaya dengan
takdir dan cinta
aku percaya
takdir dan cinta
tidak dapat dipisahkan

lagipun
setiap manusia
atas muka bumi ini
perlukan pegangan
baru hidup kita
tidak terombang ambing

kita akan menjadi seorang
yang tidak punya pendirian yang tetap
bila kita tiada pegangan

jadi sama la juga
takdir dan cinta
walaupun ianya dua benda
yang berbeza

tapi tanpa
takdir
kita tidak akan dapat cinta yang sejati
dan
tanpa cinta
kita tidak akan percaya pada takdir

kerana kita sebagai manusia
selalunya hanya akan
percaya pada takdir
apabila cinta yang mereka
tunggu selama ini
muncul
dan cinta itu membahagiakan mereka

jadi sebab itu kita sebagai
manusia
jangan menolak
apa yang telah ditakdirkan kepada kita
lebih-lebih lagi dalam cinta

kerana cinta yang ditakdirkan
untuk kita
sebenarnya
adalah cinta yang benar-benar
sejati dan suci

cuma kadang kala kita harus bersabar
sementara takdir cinta kita
sampai pada kita.