Pages

Friday, May 13, 2011

pakaian dan kasut


pakaian dan kasut
memang penting bagi seseorang
sampai ada yang sanggup
habiskan duit
beratus-ratus
beribu-ribu
baik laki atau pun
perempuan
untuk dapatkan pakaian dan kasut
yang diorang minati

tapi kali ini
aku nak cerita
pasal pakaian dan kasut
yang aku suka tengok
perempuan pakai

mula-mula...
aku nak cerita pasal baju
yang aku suka tengok perempuan pakai
iaitu t-shirt dress
macam contoh kat atas ini

dan seluar skinny...
tak kisah lah
skinny jean ke atau skinny biasa
asalkan skinny
untuk seluar aku tak ada la
gambar

akhir sekali
kasut...
aku cukup suka tengok perempuan
pakai kasut tumit tinggi atau wedges jenis tapak terompah
macam contoh dakat bawah ini
nie la dia contoh-contoh kasut nya

bila aku tengok perempuan
pakai semua jenis yang aku suka ini
aku mesti tersenyum

ia buatkan hati aku tenang
dan senang
kerana bila pakai t-shirt dress dah sah-sah
baju sampai paras pinggul
jadi tiada lah seksi
sampai boleh nampak pinggang atau pinggul
maaflah
bukan saja nak cakap benda macam ni
tapi itu la kenyataannya

bila dah pakai t-shirt dress
dipadankan pula dengan
skinny dan juga kasut tumit tinggi atau wedges
warh!!meletup...

memang suke betul la aku tengok


Sunday, May 8, 2011

rindu

aku rindu sangat
akan si dia
telah lama aku
tidak berjumpa
dengan nya

dia sering sibuk
dengan sekolah lagi
dengan kerja sambilan nya lagi

walaupun aku dan si dia
hanya kawan
tapi amat rapat
sebab itu aku rindukan dia

kerana sekarang
aku dan si dia
dah tidak macam dulu
sering mesej

sekarang aku nak mesej dia pun
aku takut mengganggu dia

aku tidak mahu ganggu dia
kerana aku kesian kat dia
aku takut dia penat
dan ingin kan rehat

jika aku ganggu dia
dia tidak akan dapat rehat

jadi sebab itu
aku tunggu dia mesej aku
aku hanya ada dia yang sentiasa
dekat dengan aku

aku harap
dia tidak pernah lupakan
persahabatan aku dan dia
yang telah lama aku dan dia
jalin kan

aku juga berharap
aku dapat berjumpa dia
dalam masa terdekat ini
sementara aku masih lagi
sedang bercuti...

Friday, April 22, 2011

saya sayang awak

"saya sayang awak"
bukan satu perkataan
yang boleh di bawa main
ia adalah satu perkataan

yang tinggi ertinya
pada seseorang
yang telah menerima nya
dari seseorang
yang sudi meluahkan
atau memberitahu kita
bahawa si dia amat sayangkan kita

ungkapan ini
sangat merbahaya
kerana ia boleh buat seseorang itu
menangis atau kecewa

kerana terlalu percaya
bahawa orang yang
telah berani melafazkan ungkapan ini
kepada nya tanpa berfikir panjang
akan benar-benar menyayanginya
atau tidak

tapi hakikatnya tidak
kerana
hanya ungkapan semata-mata
yang tiada isi

itu yang akan membuatkan
seseorang itu menangis
dan kecewa

sebab itu aku tidak suka
melafazkan ungkapan ini
jika aku tidak pasti
bahawa aku benar-benar
sayang akan dia atau tidak

sekali aku telah melafazkan ungkapan
"saya sayang awak"
"i love u"
"aku sayang kamu"
itu bermakna aku tidak mahu
kehilangan si dia
dan itu memang benar-benar
ikhlas dari hati aku

jika aku tidak ikhlas
aku tidak akan pernah
sesekali melafazkan nya
kerana aku tidak mahu
ada yang kecewa
atau menangis
kerana aku hanya pura-pura
mengatakan itu semua

ungkapan
"saya sayang awak"
atau sama maksud dengannya
bukan lah satu permainan





Saturday, April 16, 2011

memerlukan seseorang


hati ini sudah lama
tidak rasa disayangi
oleh seseorang insan
yang bergelar perempuan
hati ini sudah mula
bertanya-tanya
siapakah yang sudi
untuk menerima aku
sebagai teman hidup nya

hati ku mula rasa sunyi
sepi dan cemburu
apabila melihat
orang lain gembira bersama
pasangan masing-masing

sedangkan aku
terkontang kanting disini
seorang diri
tanpa teman istimewa disisi

kecewe


ku rasa sungguh kecewa
dengan sikap nya
kerana
bila aku bertembung dengan nya
petang tadi
seolah-olah dia tidak kenal siapa aku lagi

aku tahu aku sudah lama
tidak pulang
dan melepak dengan nya seperti dulu
tapi aku bukan sengaja mahu
lakukan sebegitu

tapi aku terpaksa
kerana terlalu sibuk

lihat bila aku free
aku tetap pulang
untuk meluangkan masa dengan nya
dan kawan-kawanku

tapi apa kan daya
dia seolah-olah tidak paham
akan keadaan aku sekarang

aku sudah tidak tahu dimana lagi
untuk aku luahkan perasaan ini
jadi aku jadikan blog ku ini
untuk mngukir n memahat perasaan
yang hampir luka berdarah ini..

Tuesday, March 22, 2011

sepi?? tak nak!



aku rasa
aku perlukan seorang
teman
yang sungguh istimewe

untuk mengubati luka lama ku
yang telah mule membengkak
dari
hari ke hari

aku sangat memerlukan
teman ini...
kerana aku tidak sanggup lagi
rase sunyi dan sepi
seolah-olah tiada lagi
kegembiraan buat ku
untuk meneruskan hidup
yang lebih sempurna

bagi ku teman istimewa itu
amat penting
kerana tanpa si dia
hidup kita tidak akan sempurna






Sunday, March 20, 2011

kembali



kini aku kembali
untuk menambah post
di dalam blog ku
yang telah sekian lama
di tinggalkan

aku cuba mencari
kehidupan baru yang lebih jelas
dari sebelum ini
yang ku rasa agak
suram dan pudar

tapi entahlah
ku rasa seperti makin suram
kerana tiada apa yang menarik
dalam hidup ku ini

hanya seperti pohon
yang telah tiada daun
pada ranting-ranting kecil
dan dahannya

aku pun tidak pasti kenapa
mungkin juga kerana
sinar kebahagiaan
dalam hidup aku
masih lagi belum tiba

tapi aku pasti
dan yakin
kebahagiaan itu
ada untuk setiap manusia
yang begelar makhluk ciptaan Allah